Friday 2 May 2014

Nashrin Azmi sedang mencipta nama dalam bidang lakonan

28 April 2014 -----

Pelakon remaja yang bernama Nashrin Azmi atau lebih dikenali sebagai Nash, dikatakan kini sedang mencipta nama di dalam bidang lakonan. Nash yang berumur 16 tahun, mula menjejak langkah ke bidang ini sejak umurnya 7 tahun di dalam rancangan kanak-kanak di bawah syarikat produksi Syndicated Films. Selepas itu, Nash mencuba untuk menjadi hos bagi program 'Cita-Cita Adik' terbitan A.Aida productions pada umur 13. Pada masa yang sama, Nash juga berlakon di dalam drama 'Impian raya Emelyn' terbitan MIG productions.


Nash meneruskan lagi kerjayanya dengan mengambil watak sebagai 'Daniel' di dalam rancangan bersiri Geng bas sekolah. Dia digandingkan buat pertama kalinya dengan rakan artis sebaya seperti Harris Aliff, Mia Sara, Jasmine Jessica dan ramai lagi.

Itu merupakan pengalaman pertamanya berlakon dengan pelakon yang sebaya dengannya. Sebelum ini, dia sering diberi watak untuk berlakon dengan artis yang lebih besar daripadanya. Apabila ditanya tentang perasaannya setelah diberi peluang untuk bekerja dengan pelakon sebaya, Nash memberitahu bahawa dia sangat gembira. "Saya berasa amat gembira bila akhirnya dapat berlakon bersama kawan-kawan saya. Di set penggambaran, saya tidak rasa seperti bekerja, malah saya dapat bergembira!", kata Nashrin. Walaupun baru-baru ini ada mulut-mulut yang mengeluarkan cakap-cakap kosong tentang Nash, namun ia sedikit pun tidak menjejas dirinya mahupun aktiviti hariannya.

Ada juga yang mengatakan bahawa Nashrin bukan lagi seperti dirinya yang dulu. Malah, dia tidak lagi membalas komen mahupun ucapan yang diberi oleh orang. Dan ada sesetengah pihak yang mendakwa bahawa Nash seperti mengelak dirinya daripada ditemui orang ramai di luar.



Laporan Harris Iskander,
Murai.tv Portal,
PJCC building INTEC,
PJ 47301
03-78009322



No comments:

Post a Comment